Ustaz Masran merupakan pengasas teknik pembelajaran mudah di Arabicara. Dengan kelulusan bahasa Arab di universiti di Pakistan, beliau mengajar bahasa sejak 20 tahun.
Beliau merupakan calon Ph.D dalam bidang Linguistik (Bahasa Arab) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mula melibatkan diri sebagai tenaga pengajar di Arabicara sejak 2014
Berpengalaman mengajar Arabicara sejak Ogos 2018. Beliau ialah graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Bahasa Arab & Kesusasteraan dan telah melengkapkan sarjana beliau dalam bidang "Teaching Arabic for Specific Purpose" di universiti yang sama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Matrikulasi , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2016 - 2019. Kini beliau berkhidmat di Pusat Asasi , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berpengalaman mengajar Arabicara sejak Ogos 2018. Beliau ialah Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Merupakan Calon PhD Pendidikan Bahasa Arab, UKM. Mendapat Pendidikan Master dalam Pendidikan Bahasa Arab UKM, Degree Bahasa Arab KUIS dan Diploma Bahasa Arab KUIS.
Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Bahasa Arab Komunikasi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Arab di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) tahun 2016-2018. Beliau berpengalaman sebagai penterjemah sambilan bagi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 2014-2018.
Tutor Arabicara daripada tahun 2018 hingga kini. Berkelulusan Ijazah Sarjana Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua dari UIAM. Sekarang berkhidmat di Pusat Asasi UIAM Gambang di Jabatan Bahasa AlQuran CELPAD.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran & Al-Qiraat dari Universiti Al-Azhar Tanta. Berpengalaman mengajar 9 bulan bersama Arabicara dan sudah 1 tahun mengajar dalam bidang tahfiz.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) di KUIS. Kini bekerja di SMK pasir putih tawau sebagai guru bahasa arab dan pendidikan islam.
Graduan Sarjana Muda Sains Kemanusian (Bahasa Arab & Kesusasteraan) dan Sarjana Pengajaran Arab Sebagai Bahasa Kedua di UIAM, berpengalaman mengajar di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, Kelas Insentif di Universiti Malaya, sekarang mengajar di Pusat Asasi UIAM dari Jun 2014 hingga kini. Mengajar di Arabicara sejak November 2018 sehingga kini.